Monday 28 May 2012

New PDP


Pada tahun 2014, iaitu selepas pangajian saya dalam ijazah sarjana muda pendidikan sains, saya ingin mengambil master atau ijazah sarjana dalam jurusan elektronik, iaitu di Universiti Malaya. insyaAllah dalam masa 2 tahun, ijazah sarjana dapat diselasaikan dan ditamatkan. Kemudian saya ingin teruskan pengajian saya dengan mengambil Ph.D dalam jurusan elektronik juga di Universiti yang sama iaitu Universiti Malaya. Selepas tamat pengajian dalam Ph.D, dengan pencapaian dan kelayakkan yang ada, saya akan bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah IPTA di Malaysia, terutamamnya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya akan berusaha menjadi pensyarah cemerlang di Universiti tersebut. Saya akan memperbaiki sistem pembelajaran dengan melaksanakan lebih banyak pengajaran berdasarkan ICT seperti lecture maker, smart board, interactive lesson dan sebagainya. Ini penting bagi menarik minat para pelajar terutamanya pelajar yang cepat bosan.  Dengan menggunakan kaedah ini, secara tidak langsung memberi faedah kepada pelajar serta guru. Guru tidak perlu lagi membawa banyak buku bagi membuat rujukan. Sebaliknya, hanya satu ketikan “one click” dapat memberi maklumat tentang segala-galanya, seperti mana yang dimaksudkan maklumat di hujung jari. Selain itu, pada tahun 2020, saya akan membuka sebuah pusat tuisyen sendiri bagi memberi peluang terutama kepada pelajar-pelajar  yang mengalami masalah dalam pembelajaran untuk memperbaiki prestasi mereka.  Saya akan mengajar mereka dengan  teknik yang mudah dan ringkas dalam pembelajaran tersebut. Dengan penggunaan teknologi yang terkini dan maju ke hadapan seperti smart board, interactive lesson, lecture maker membantu lagi saya dalam menyampaikan pembelajaran tersebut. Bukan itu sahaja, pada tahun yang akan datang saya akan melaksanakan program cemerlang bersama ICT yang melibatkan pelajar-pelajar kawsan luar Bandar. Program ini memberi pendedahan tentang kepentingan informasi-informasi yang mudah diperolehi menerusi “ICT programme”. Program ini digalakkan kepada para pelajar yang buta IT dan yang kurang minat terhadap pembelajaran. Dengan meggunakan kemahiran dalam smart board, lecture maker, interactive lesson, picasa yang telah dipelajari semasa kelas ICT, memberi peluang kepada saya dalam menyebarkan penggunaan ICT dengan betul.Kemudian pada masa yang sama juga, saya akan membuka sebuah kedai kek, roti dan biskut. Dengan perusahaan ini, sedikit sebanyak membantu meningkatkan lagi pendapatan saya dan keluarga. Saya ingin mengembangkan lagi perusahaan saya dengan memasarkan produk makanan ke luar Negara dengan mencapai rm 300 ribu sebulan iaitu pada tahun 2025.

No comments:

Post a Comment